Ikan ketutu juga boleh diternak dalam kolam buatan dan ini akan memudahkan kita memantau perkembangan ikan ketutu ini. Sebaik-baiknya kolam buatan ini hendaklah ditempatkan didalam bangunan supaya dapat mewujudkan persekitaran yang gelap untuk menggalakkan mereka aktif makan. Makanan seperti anak ikan dan udang sungai hendaklah sentiasa ada didalam kolam ini. Letakkan beberapa batang paip bersaiz 4-6 inci ukur lilit yang dipotong sepanjang kira-kira sekaki didalam kolam buatan ini sebagai tempat ikan ketutu berehat sambil menunggu anak ikan mangsanya melintas. Paip-paip ini boleh disusun bertingkat-tingkat dan ditenggelamkan didalam air. Paip-paip ini hendaklah diletakkan ditengah kolam. kedua-dua lubangnya menghala ke kawasan yang lapang sekurang-kurangnya 5 kaki dari dinding. Sekiranya lubang paip berhampiran dengan dinding, ikan ketutu boleh tercedera ketika ia menghambur / menangkap mangsanya dan terlanggar dinding. Paras air 1-2 kaki sudah cukup, dan air dalam kolam ini hendaklah ditukar 70% dalam masa 4-7 hari. Sebaik-baiknya pengudaraan (aeration) mesti disediakan. Pengudaraan berbentuk gelembung oksigen atau pam air (sistem air berpusing) adalah sesuai digunakan. Walaubagaimanapun sekiranya pengudaraan terhenti, tidak menjadi masalah bagi ikan ketutu ini. Mereka tidak mati. yang akan mati adalah udang sungai makanannya. |
PrakataDalam blog ini saya cuba untuk kongsikan serba sedikit cara atau tips untuk menternak/memancing ikan dan udang. ENTRI BLOG
All
Archives
September 2018
|