Pembenihan Ikan haruan Berikut adalah cara-cara untuk melakukan Pembenihan Ikan haruan. Sediakan sebuah kolam tanah, (sebaiknya kolam simen berlantai tanah) berjaring diatasnya untuk menghalang ikan melompat keluar. Letakkan beberapa pasang induk haruan. letakkan juga tumbuhan air didalamnya seperti keladi bunting dan lain-lain tumbuhan yang sesuai. Beri makan setiap hari makanan yang paling sesuai adalah makanan hidup (anak-anak ikan dan anak udang) kulit atau lemak ayam yang telah direbus juga boleh diberikan. Pellet makanan ini jenis terapung yang biasa terdapat dipasaran boleh dicuba, Mula-mula mungkin dia tak makan, tapi lama-kelamaan mungkin dia makan juga. Makanan yang paling disukai ikan haruan adalah makanan hidup (anak ikan dan udang) memang ada dijual dikedai akuarium, tapi mampukah kita membelinya setiap hari?? kulit ayam rebus saya telah cuba dan memang dimakannya sebab ada bau daging. kalau pelet ikan biasa tidak dipandangnya. tak tahulah saya, mungkin tuan-tuan boleh mencubanya sendiri. Bagi pihak yang benar-benar serius menternak ikan haruan ini, saya sarankan bina kolam anda berdekatan dengan sungai yang banyak terdapat anak-anak ikan seperti ikan seluang dan anak udang dan boleh ditangkap dengan mudah menggunakan kaedah jaring atau sauk. Ataupun sediakan kolam besar dan masukkan sebanyak-banyaknya anak-ikan seluang dan anak udang yang ditangkap disungai berdekatan. beri makan setiap hari sehingga mereka benar-benar telah membiak, selepas itu barulah mulakan penternakan ikan haruan ini. Berbalik kepada kolam yang telah diisi dengan induk haruan. Apabila mereka cukup matang dan mengawan. Induk betina akan menghasilkan anak-anak haruan, warnanya merah sebagaimana yang kita biasa lihat. Ketika ini, anak-anak haruan tidak boleh dipisahkan dari induknya, Sekiranya diperhatikan pada waktu senja, anak-anak haruan akan masuk kedalam mulut ibunya. pada esok paginya induknya akan melepaskan mereka. Keadaan ini berlaku setiap hari sehinggalah anak-anak haruan ini bertukar warna dari merah kepada kehitaman (saiz setengah inci) ketika ini mereka sudah boleh berdikari dan mulai berpisah dari induknya. Pada waktu ini kita sudah boleh memisahkan anak haruan dari induknya. Kalau menggunakan kolam simen berlantai tanah, airnya boleh dikeluarkan untuk mengutip anak-anak haruan dan induknya boleh dikembalikan dalam kolam induk. Atau dengan menggunakan jaring atau jala untuk menangkap induknya. Memang induk haruan akan makan anaknya sendiri, untuk mengurangkan perkara ini berlaku, kita hendaklah menyediakan makanan untuk induk seperti anak-ikan seluang dan udang, kalau makanan kurang memang anak sendiri dimakannya. |
PrakataDalam blog ini saya cuba untuk kongsikan serba sedikit cara atau tips untuk menternak/memancing ikan dan udang. ENTRI BLOG
All
Archives
September 2018
|